Membandingkan isipadu cecair menggunakan perbandingan langsung.
(Using Direct Comparison)

Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit seragam tidak piawai.
(Using Uniform Non-Standard Units)

PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di sekolah rendah adalah satu titik permulaan bagi kanak-kanak khususnya murid mengenal nombor secara formal. Sebelum memasuki alam persekolahan mereka mengenal nombor secara tidak formal atau dengan kata lain secara tidak langsung melalui komunikasi dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka. Sebagai contoh,kanak-kanak mengetahui nombor rumah, nombor kereta, nombor sukatan isipadu yang terdapat pada botol minuman dan sebagainya. Justeru itu, seharusnya pengajaran dan pembelajaran matematik adalah suatu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Bagi menjadikan P&P matematik sesuatu yang tidak membosankan maka pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai perlu diambil kira. Melalui kajian yang dijalankan oleh ( Hatfield,1994; Fiedler,1989 ) menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar matematik yang sesuai dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik lebih berkesan dan menyeronokkan. Dalam era teknologi masa kini, pelbagai bahan dapat diperolehi dengan mudah, malah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat memberi kelainan semasa guru menyampaikan isi pengajaran.

Menurut kajian serta penyelidikan yang telah dijalankan oleh Barroody (1987) dan Ginsburg (1977) ke atas kanak-kanak, pengajaran Matematik perlu dimulakan dengan sesuatu yang konkrit, menggunakan perlambangan dan simbol bagi memudahkan kanak-kanak memahami dengan jelas sesuatu tajuk yang baru. Sebagai contoh, untuk mengajar isipadu cecair, guru boleh menggunakan bahan yang terdapat di persekitaran murid bagi memudahkan mereka membuat perkaitan konsep isipadu cecair dengan aktiviti kehidupan seharian. Antara bahan yang boleh digunakan adalah seperti jag, koleh, botol, gelas, besen dan sebagainya.

Maka terbukti dengan menggunakan bahan bantu mengajar guru akan dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas, tidak membosankan dan juga murid dapat mengukuhkan penguasaan konsep matematik dan dapat membina dorongan intrinsik dalam diri murid-murid. Selain daripada itu, murid juga secara tidak langsung akan lebih berminat untuk mempelajari matematik dan merasakan matematik adalah sesuatu yang penting dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN ISIPADU CECAIR

Terdapat pelbagai kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses P&P terutama untuk memperkenalkan tajuk isipadu cecair kepada murid-murid Tahun 2. Antara masalah tersebut ialah:

Ø Murid tidak dapat memahami konsep isipadu.

Ø Murid tersalah konsep dalam membuat ukuran dan menyukat isipadu. Contohnya, bekas yang kecil tetapi tinggi mempunyai isipadu lebih berbanding dengan bekas yang besar tetapi rendah (murid membuat perbandingan melalui ukuran tinggi sesuatu bekas).

Ø Murid kurang mahir membuat anggaran isipadu cecair tanpa menggunakan alat penyukat.

Ø Murid tidak dapat membuat perkaitan antara unit-unit dalam tajuk isipadu cecair.

Ø Guru tidak menggunakan bahan konkrit semasa memperkenalkan tajuk isipadu cecair. Murid sukar untuk memahami dengan jelas tanpa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai.

Ø Murid kurang didedahkan dengan situasi persekitaran yang melibatkan penggunaan isipadu, maka murid akan membuat anggapan bahawa tajuk ini tidak begitu penting.

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DICADANGKAN UNTUK MENGAJAR ISIPADU CECAIR BAGI MURID TAHUN 2

Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran tercapai, guru harus memikirkan sesuatu yang menarik untuk diserap dan digunakan dalam aktiviti pengajarannya. Untuk itu, sesuatu perlu dilakukan untuk menarik minat murid sepanjang pengajaran dijalankan, terutama bagi topik yang baru dan agak sukar untuk difahami oleh murid tersebut.

Kriteria dan ciri yang perlu ada dalam membuat pemilihan bahan bantu mengajar perlu selari dengan tahap murid, sesuai untuk semua tahap, mudah diperolehi, kos yang rendah dan yang paling penting adalah ia hampir dengan murid atau dengan kata lain bahan yang digunakan adalah bahan yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan adalah bertujuan untuk memudahkan murid memahami sesuatu tajuk yang baru dengan lebih cepat dan jelas, secara tidak langsung murid akan menolak anggapan bahawa sesuatu tajuk itu susah untuk dipelajari terutamanya dalam tajuk isipadu cecair. Pemahaman murid yang jelas akan dapat dilihat melalui penglibatan aktif mereka sepanjang pengajaran guru, dan hasilnya objektif yang ditetapkan akan tercapai.

Bahan bantu mengajar yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran tajuk isipadu cecair bagi murid Tahun 2 yang lemah dan yang pandai ialah bahan yang mudah diperolehi dan ianya berada dipersekitaran murid sahaja iaitu:

v Botol

v Cawan kertas

v Jag

v Koleh

v Gelas

v Air

Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini dapat menarik minat murid kerana mereka boleh mempraktikkan pengajaran ini di rumah, dan bahan ini mudah diperolehi. Sekaligus murid akan menganggap matematik itu penting terutama melalui tajuk isipadu cecair, di mana ianya berkaitan dengan aktiviti dalam kehidupan seharian manusia.

Friday, November 26, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK MURID YANG PANDAI


Hasil Pembelajaran   : Di akhir pengajaran murid akan dapat:
        • Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit seragam tidak piawai.
Bahan                         :  Koleh (mug), botol, jag yang diisi penuh dengan air.
                                       20 biji gelas yang sama saiz

# Gunakan gelas yang sama saiz untuk mengukur isipadu cecair di dalam tiga buah bekas yang berlainan isipadu,bentuk dan saiz tetapi diisi penuh dengan air bagi membuat perbandingan isipadu.
Langkah-langkah      :
i)                   Guru sediakan kesemua bahan bantu mengajar di atas meja. Pastikan semua murid dapat melihat bahan bantu mengajar tersebut dengan jelas.

ii)                 Minta seorang murid datang ke hadapan untuk menuangkan air dari jag ke dalam gelas-gelas sehingga air tersebut habis.


            
  
iii)                   Kemudian, minta seorang lagi murid ke hadapan untuk menuangkan air dari koleh ke dalam gelas.


iv)                   Minta seorang murid lagi ke hadapan untuk menuangkan air dari botol ke dalam gelas.

 
vi)                Setelah selesai, minta murid-murid mengira gelas yang diisi dengan air dari jag.
Jawapan : 8 biji gelas

vi)                 Kemudian, kira gelas yang diisi dengan air dari koleh.
Jawapan : 2 biji gelas

vii)               Akhir sekali, bilangan gelas yang digunakan untuk mengisi air dari botol.
Jawapan : 10 biji gelas

viii)            Guru perkenalkan istilah ‘paling sedikit’ ,‘paling banyak’ dan ‘lebih banyak’  kepada murid untuk membuat perbandingan tiga isipadu cecair.

ix)               Jelaskan kepada murid,walaupun botol,jag dan koleh mempunyai isipadu air yang penuh,tetapi masing-masing berbeza dari segi jumlah isipadu berdasarkan bilangan gelas yang telah diisi dengan air dari setiap bekas.

x)               Baca kesimpulan keseluruhan aktiviti, dengan diikuti oleh murid-murid.

Text Box: Botol mengandungi isipadu air ‘paling banyak’.
Koleh mengandungi isipadu air ‘paling sedikit’.
Isipadu air di dalam jag ‘lebih banyak’ daripada isipadu air di dalam koleh.









No comments:

Post a Comment